iNTaI-IntAi

Pengikut

Isnin, 21 Februari 2011

Mimpi

Dek kerana agak penat, susah sgt nak lelapkan mata..setengah jam selepas itu baru boleh lelap mata ni.Sekali aku diulit mimpi daa...Cerita mimpi ku ini begini...aku berada di sebuah bandar kecil di ibu negara..tak silap aku area gombak..sri gombak kot..pada masa itu aku bermotosikal (bila pulak la aku pandai naik motor ni?) dan parked kat area pangkin motorsikal dan basikal kerana aku bercadang untuk bersiar-siar di sebuah pasaraya berdekatan.selepas penat bersiar-siar, aku terus menuju ke tempat pangkin untuk mendapatkan motorsikalku..sekali rasa seperti nak luruh jantungku bla mendapati motorsikalku tiada di situ..Ya Allah, mana pergi motor ni; detak hatiku..dengan ketakutan aku terus mencari motorsikal ku..dan terus mencari sehinggalah aku berputus asa..akhirnya aku ambil keputusan untuk pulang berjalan kaki sahaja sambil berharap akan ketemu dengan motorsikalku itu.Hari pula semakin gelap..aku rasa seperti aku dah tersilap lorong mnyebabkan aku menuju ke sebuah taman perumahan dan aku menyelosori satu lorong yang agak gelap.hatiku berdegup kencang..takut sangat-sangat..tiba2 aku dikejutkan oleh sorotan lampu tinggi sebuah kereta secara tiba-tiba di lorong itu..apalagi aku berlari sekuat hati mencari tempat untuk bersembunyi..rasa takut menjadi-jadi..memang cemas ketika ini..dan mulut ini tidak habis-habis berkumat-kumit membaca surah2 Al-Quran memohon dijauhkan segala malapetaka..Ya Allah..dalam kekalutan itu, aku sudah jauh menuju ke sebuah perkampungan pula..dan aku berjalan di lorong antara sebuah rumah dengan rumah yang lain yang agak dekat jaraknya; sehinggakan aku boleh mendengar bait-bait perkataan yang diucapkan oleh sebuah keluarga dalam salah satu rumah-rumah yang aku lewati itu..dan aku dapat mengagak pada ktika itu jam sekitar 8.00 ke 8.30 berdasarkan siaran berita yang ditonton oleh mereka yang boleh didengari oleh aku dari luar.Aku mengatur tapak dengan berhati-hati sehinggakan tiada seorang pun yang perasan akan kehadiranku di kala itu. sehinggalah aku berhenti di sebuah rumah di mana aku melihat kelibat seorang anak kecil yang sedang bermain-main dengan pasir di hadapan rumahnya.Kanak-kanak itu berhenti bermain sejurus melihat aku terpacul di depannya. Kanak-kanak itu hanya tersenyum kepada ku.Tanpa sempat aku membuka mulut untuk bertanyakan di mana jalan keluar; dengan ringan tangan dia menunjukkan ke arah lorong menuju ke belakang rumahnya.Lorong lagi; keluhku.Tanpa banyak soal, aku menghadiahkan senyuman balas kepadanya tanda terima kasih dan terus menuju ke lorong itu. Di hujung lorong itu, aku digamit oleh seorang mak cik yang memanggilku masuk ke rumahnya.Dengan mudah; mungkin kerana dahaga dan penat aku terus masuk ke rumah mak cik itu....dan seterusnya korang sambunglah sendiri..cuba teka apa terjadi kepadaku?

Tiada ulasan: